Tuesday, 18 September 2012
Monday, 3 September 2012
SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
Salam dan apa khabar pada anak didik sekelian? Di sini cikgu menerangkan beberapa kegiatan yang terdapat dalam aktiviti seni visual. Diharap ianya akan dapat membantu anda dalam aktiviti seni visual di sekolah.
TEKNIK RESIS
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Bungaku
Bahan : Warna air, lilin biasa atau krayon, kertas lukisan, berus dan bekas air
Teknik : Resis dari warna air dan lilin biasa.
Langkah 1
Lakarkan gambar bunga menggunakan lilin ataupun krayon.
Langkah 2
Warnai lakaran dengan warna pilihan kamu.
sumber bahan : rozelleeotakbutan.blogspot.com
Topeng Mata
Tema : Objek Buatan manusia
Tajuk : Topeng Mataku
Alatan : Gunting
Bahan : Bahan hiasan, gam dan gelang getah atau riben.
Kolaj
Apakah kolaj? Kolaj adalah tampalan sesuatu bahan pada ke atas sesuatu permukaan. Lukiskan gambar yang anda kehendaki di atas sekeping kertas dahulu. Contoh seperti di bawah.
Bahan-bahan : kertas warna sugar paper dan gam.
Alatan : gunting
Langkah 1 : Guntingkan sugar paper mengikut bentuk-bentuk yang sesuai.
Langkah 2 : Lekatkan kertas-kertas yang telah digunting pada gambar yang telah
dilakarkan.
Kertas-kertas perlulah disusun dan ditampal dengan kemas.
dilakarkan.
Kertas-kertas perlulah disusun dan ditampal dengan kemas.
Jangan gunakan terlalu banyak gam supaya hasil tidak comot.
Langkah 3 : Tampalkan hasil karya seni anda yang telah siap pada mounting board.
Anyaman
Anyaman Kelarai Mata Bilis adalah anyaman paling asas dan paling mudah.
Potong jalur pada tapak secara menyerong memberikan corak yang berlainan.
Anyaman Ikan
Bahan : 6 helai jalur kertas warna yang dipotong ( 1inci )
pensel warna atau oil pastel.
Langkah 1 : Sediakan gambar ikan.
Potong ikut garisan menegak.
Langkah 2 :
Sisipkan jaluran yang telah dipotong, berselang-seli.
Langkah 3 :
Seterusnya....
Langkah 4 :
Hasilnya .....Cantikkan !
Cubalah ! Anda pasti dapat menghasilkan yang lebih kreatif.
sumber : http://just4ucintahaticikgu.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)